Selasa, 31 Julai 2018

KEM BESTARI SOLAT TAHUN 6

Tarikh : 31.07.2018 (Selasa)
Masa : 2.30 - 5.00 petang
Tempat : Surau Khalid Al-Walid, SK Tunku Azizah

Alhamdulillah dan tahniah kepada guru-guru Panitia Agama Islam, guru-guru KAFA dan murid-murid tahun 6 kerana menjayakan program ini.














SELAMAT HARI KEPUTERAAN PEMANGKU RAJA PAHANG

Merafak sembah ucap Selamat Hari Keputeraan Ke Sisi Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Abdullah Al-Haj Ibni Sultan Hj Ahmad Shah Al-Musta'in Billah pada tanggal 30 Julai 2018 bersamaan 17 Zulkaedah 1439 Hijrah.

Daripada :
Seluruh Warga SK Tunku Azizah


Jumaat, 20 Julai 2018

PEPERIKSAAN PERCUBAAN UPSR 2018

Tarikh : 23 - 26 Julai 2018
Hari : Isnin - Khamis

Dimaklumkan bahawa Peperiksaan Modul Percubaan Kluster 1 (Peperiksaan Percubaan UPSR) akan diadakan pada 23 - 26 Julai 2018.
Semoga anak-anak STAz beroleh kejayaan. 


Khamis, 19 Julai 2018

Selasa, 3 Julai 2018

PENCARIAN BAKAT KOMPANG TUNAS SK TUNAS AZIZAH


Adalah dimaklumkan bahawa pencarian bakat kompang dibuka kepada Pandu Puteri Tunas Tahun 3 dan 4 sahaja.
Pencarian bakat ini akan diadakan pada hari Ahad ini, 08 Julai 2018 jam 8.30 pagi hingga 10.30 pagi. Sekiranya berminat, boleh berjumpa dengan Teacher Nor Azlina binti Zainal Abidin



Ahad, 1 Julai 2018

PAMERAN DAN PERTANDINGAN PENULISAN FOLIO TERBANYAK PERINGKAT KEBANGSAAN 2018 & THE MALAYSIA BOOK OF RECORDS

Tarikh : 01 Julai 2018
Tempat : SMK Dato' Ahmad Maher, Kota Bharu, Kelantan
Sekolah Kluster Kecemerlangan

Penyertaan :
15 folio penyertaan dan pertandingan Malaysia Book Of Records dari SK Tunku Azizah

Pencapaian :
PUAN NOR AZLINA BINTI ZAINAL ABIDIN
Tempat Ketiga Kategori Guru (individu) Pertandingan Folio Malaysia Book Of Record Peringkat Kebangsaan


Tahniah Kelab Setem dan Filateli SK Tunku Azizah. Tahniah kita semua dapat menjayakan Malaysia Book of Record bersama-sama SMK DATO AHMAD MAHER SKK di Kelantan.

















PENGANUGERAHAN PINGAT JASA PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA 2018

Tarikh : 30 Jun 2018
Tempat : Dewan Warisan, Kangar, Perlis
Penyampai Anugerah :  DYAM Raja Puan Muda Perak Darul Ridzuan, Dato’ Seri Diraja Tunku Soraya Binti Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah
 

Tahniah diucapkan kepada Puan Nor Azlina binti Zainal Abidin, penerima tunggal dari Negeri Pahang di atas penganugerahan Pingat JASA daripada Persatuan Pandu Puteri Malaysia di Persidangan Pesuruhjaya Pandu Puteri Malaysia 2018.




KEJOHANAN CATUR ONLINE BLITZ CHESS

                                    Seramai 4 orang murid SK TUNKU AZIZAH telah terlibat dalam                                              ...