Jumaat, 29 November 2019

11TH KK KARATE-DO GOJU-KAI INTERNATIONAL CHAMPIONSHIP 2019

Tarikh : 23 - 24.11.2019
Tempat : Grand Hall Spacerubixs, Puchong, Selangor

Penyertaan dan Pencapaian :
Amir Hamzah bin Zaidi (2 Afdhal)
- Pingat Emas

Tahniah dan syabas diucapkan kepada Adik Amir Hamzah.


Jumaat, 22 November 2019

CUTI PENGGAL AKHIR TAHUN 2019

Salam Hormat dan Salam Muafakat.

Makluman Cuti Akhir Tahun 2019.

Pihak Sekolah ingin memaklumkan murid-murid akan bercuti :

Tarikh Mula cuti:
 *23 Ogos 2019* *(Sabtu)*

Tarikh mula bersekolah semula:
 *02 Januari 2019* *(Khamis)*

Semasa cuti sekolah, pihak sekolah juga ingin mengingatkan agar :

☑Pastikan keselamatan anak-anak dijaga. 
☑Jauhi anak-anak daripada alatan berbahaya. 
☑Gunakan waktu cuti dengan aktiviti berfaedah.
☑Mereka yang pulang ke kampung, rancang perjalanan dan berhati-hati semasa memandu.

Pihak sekolah ingin mengucapkan:

*Selamat Bercuti*

Sekian, terima kasih.



Isnin, 18 November 2019

Jangan Tekan Anak Keterlaluan Dalam Pelajaran : Raja Permaisuri Agong



Ibu bapa dan guru disaran untuk tidak menekan anak-anak secara keterlaluan dalam perihal pelajaran kerana dibimbangi boleh memberi kesan psikologi kepada anak tersebut.

Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah bertitah perkara itu dibimbangi akan menyebabkan anak itu mengalami tekanan atau depresi sehingga membawa kepada kejadian lebih buruk.

Seri Paduka bertitah, anak-anak hanya melalui zaman kanak-kanak sekali dan ada masanya perlu diberikan masa untuk bermain dan menikmati masa gembira, dengan pengawasan daripada ibu bapa dan dibantu oleh guru.

"Biar mereka bermain supaya bila sudah dewasa, dia (anak) mempunyai kenangan pernah berbuat begini, begitu...tidaklah dia teringat asyik kena belajar atau menghafal sahaja.

"Begitu juga kalau saya asyik bawa pulang homework (kerja sekolah), Bah (ayahanda Seri Paduka, Almarhum Sultan Iskandar) akan bertanya bila saya hendak meluangkan masa berborak dengan Bah kerana asyik belajar sahaja," titah Seri Paduka.

Raja Permaisuri Agong bertitah demikian semasa berucap pada Majlis Apresiasi Pendidikan Kali ke-16 Sekolah Kebangsaan (SK) Tunku Azizah di Indera Mahkota di sini hari ini, yang turut dihadiri isteri Menteri Besar Pahang Datin Seri Burhah Mohammed dan Pengarah Jabatan Pendidikan negeri Datuk Dr Tajuddin Mohd Yunus.

Pada majlis itu, Seri Paduka juga berkenan mencemar duli mengurniakan 149 anugerah kecemerlangan kepada 145 penerima, tujuh anugerah cemerlang Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2018 dan 11 anugerah Tokoh Murid.

Tunku Azizah sambil tersenyum ke arah Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Jihan Azizah 'Athiyatullah Al-Sultan Abdullah yang berada di hadapan baginda, bertitah semasa kecil, anakanda bongsu itu sesekali, ada bertanya jika dibenarkan untuk tidak ke sekolah pada hari tertentu.

Ibu bapa juga walaupun sibuk, tambah Seri Paduka perlu sentiasa memantau pergerakan anak dan mengambil tahu rakan terdekat anak supaya mereka tidak berasa tersisih dan membawa haluan sendiri tanpa bimbingan, selain perlu mengawasi penggunaan media sosial anak.

"Walaupun anak saya bermain Twitter dan Instagram, saya tetap pantau mereka. Mereka pun kadang-kadang beritahu saya ada orang kacau (di laman sosial) dan saya beritahu untuk block (sekat) orang tersebut.

"Anak-anak kena faham supaya jangan mudah terpengaruh dengan orang dalam internet. Itu juga adalah peranan ibu bapa dan guru supaya mereka tahu ada unsur bahaya dalam laman sosial seperti ini," titah Seri Paduka.

-- BERNAMA

KEJOHANAN CATUR ONLINE BLITZ CHESS

                                    Seramai 4 orang murid SK TUNKU AZIZAH telah terlibat dalam                                              ...