PIAGAM PELANGGAN



Sekolah Kebangsaan Tunku Azizah, dengan penuh tekad dan iltizam, akan menumpukan seluruh usaha dan tenaga kami untuk;


Murid

  • Memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan pada masa yang ditetapkan dalam jadual waktu
  • Memastikan tidak ada hari murid tidak belajar pada hari dan waktu persekolahan yang ditetapkan
  • Memastikan semua kerja murid akan disemak segera dengan kemas dan teliti
  • Memastikan kebajikan pelajar diambil tindakan serta-merta
  • Memastikan keselamatan pelajar semasa berada di sekolah diberi perhatian serius

Guru & Staf

  • Memastikan agihan tugas guru diberi secara adil dan seimbang
  • Memastikan urusan gaji guru-guru dan kakitangan tepat pada masanya
  • Memaklumkan kepada guru-guru segala edaran daripada ‘stakeholders’ berkaitan dengan perjawatan dan latihan dibuat sekurang-kurangnya 3 hari daripada tarikh surat diterima
  • Mengadakan sesi perkembangan staf sekurang-kurangnya 4 kali setahun
  • Semua urusan berkaitan dengan perkhidmatan akan diproses dengan segera dan mengikut keutamaan
  • Memastikan ibu bapa dan pihak yang berurusan dengan kami dilayan mesra, cepat dan memuaskan hati
  • Memastikan segala aduan daripada ibu bapa / penjaga diberi perhatian dan tindakan segera dilaksana mengikut keperluan dan kesesuaian sekolah
  • Memastikan borang permohonan pertukaran sekolah diproses dalam masa 30 minit sebelum dihantar kepada pihak berkenaan
  • Memastikan ibu bapa mendapat maklumat terkini tentang pencapaian akademik anak masing-masing


Komuniti

  • Memberi kerjasama erat kepada aktiviti kemasyarakatan sekiranya diperlukan
  • Menjalin hubungan baik dengan masyarakat setempat, badan-badan kerajaan, swasta dan NGO


Stakeholder

  • Memastikan laporan/maklumat yang diperlukan dihantar ke Kementerian, JPN dan PPD sebelum atau mengikut masa yang ditetapkan
  • Memastikan segala urusan surat-menyurat dengan PPD, JPN atau Kementerian diambil tindakan segera dan menepati waktu

Tiada ulasan:

KEJOHANAN CATUR ONLINE BLITZ CHESS

                                    Seramai 4 orang murid SK TUNKU AZIZAH telah terlibat dalam                                              ...