Jumaat, 22 Jun 2018

SETEM KU KHAS PERDANA MENTERI TUN DR MAHATHIR MOHAMAD





Salam semua, salam Aidilfitri.

Pos Malaysia akan melancarkan Setem Ku Khas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada 10 Julai 2018 bersempena dengan tarikh Ulangtahun Kelahiran YAB PM yang ke 93.

Set Folder Setem Ku Tun Mahathir ini akan menampilkan tiga (3) rekabentuk setem dengan wajah Tun Mahathir dan Tun Siti Hasmah. Set folder istimewa ini akan dijual pada harga RM93 di mana RM5 daripada setiap jualan tersebut akan disumbangkan ke Tabung Harapan Malaysia.

Sehubungan dengan itu, Pos Malaysia Berhad berbesar hati ingin berkongsi peluang keemasan in dengan seluruh warga sekolah di seluruh Malaysia bagi mendapatkan koleksi edisi terhad ini. Bagi guru-guru atau pelajar serta seluruh warga sekolah yang berminat untuk menempah koleksi ini, kami mohon jika pihak sekolah dapat melantik seorang wakil untuk mengumpul jumlah tempahan folder set tersebut. Ini bagi memudahkan proses untuk kami memantau jumlah tempahan mengikut sekolah.

Untuk makluman juga, jumlah tempahan yang diterima ini juga akan menyumbang kepada markah bagi tugasan Keusahawanan Setem Ku KESEF Cemerlang.

Tempahan minimum adalah 10 set.

Kepada guru-guru atau sekolah yang berminat boleh membuat tempahan dengan menghubungi Guru Penasihat Kelab Setem dan Filateli (KESEF) SK Tunku Azizah (call/whatsapp)
Puan Nor Azlina Zainal Abidin : 01139138113

*Ibu bapa yang berminat, boleh juga mendapatkan set folder ini
*Boleh kongsi maklumat ini kepada rakan-rakan yang berminat.

PERTUKARAN MASUK GURU ANTARA NEGERI BAGI SESI JUN 2018



Pertukaran masuk Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG34, Pn. Fazilah binti Othman (Opsyen Pengajian Melayu) dari SK Stella Maris, Tanjung Aru, Sabah mulai 11 Jun 2018. Telah melapor diri pada hari ini dan mula bertugas pada 25 Jun 2018.

Selamat datang ke SK Tunku Azizah.

JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI AKP SK TUNKU AZIZAH

Tarikh : 22.06.2018
Masa : 9.oo pagi hingga 11.45 pagi
Tempat : Pondok Bahasa

Hari ini diadakan jamuan hari raya aidilfitri bagi anggota kakitangan pelaksana SK Tunku Azizah.  Turut bersama adalah guru besar, Pn Hjh Siti Ruhana binti Md Anuar, Pembantu Operasi lama, En. Ahadi bin Moslan, sebilangan kecil guru-guru, pengusaha kantin Pn Rohayati bt Ab Wahab, pekerja-pekerja pembersihan dan pengawal-pengawal keselamatan.

Semoga aktiviti ini sentiasa dilakukan setiap tahun dan ikatan ukhwah sentiasa berpanjangan.



Isnin, 11 Jun 2018

BUBUR LAMBUK IFTAR JAMA'IE 2018/1439H

Tarikh : 07.06.2018
Masa : 7.15 pagi - 1.30 petang
Tempat : Kantin SK Tunku Azizah

Penyediaan bubur lambuk bagi majlis iftar jama'ie diteruskan lagi pada bulan ramadhan tahun ini setelah tahun lepas adalah tahun pertama diadakan. Semangat kerjasama di antara satu sama lain menjadikan penyediaannya bertambah mudah. 

Diketuai oleh Pn Patmawaty bt Abdullah dan dibantu guru-guru, anggota kakitangan pelaksana, para pekerja pembesihan dan  pengawal keselamatan. Semoga amalan ini diteruskan pada masa akan datang.



Jumaat, 8 Jun 2018

PERTUKARAN MASUK PEMBANTU OPERASI GRED N14





Pertukaran masuk  Pembantu Operasi Gred N14, En. Sabri bin Ismail dari SJKC Kong Min, Beserah, Kuantan mulai 15 Mei 2018 menggantikan Pembantu Operasi sebelum ini. Telah melapor diri pada 22 Mei 2018 dan mula bertugas pada 04 Jun 2018.

Selamat datang ke SK Tunku Azizah

CUTI PERTENGAHAN TAHUN DAN CUTI HARI RAYA AIDILFITRI 2018

Cuti Pertengahan Tahun :
9 Jun 2018 - 24 Jun 2018

Cuti Sempena Hari Raya Aidilfitri :
15.06.2018 - 16.06.2018


Selamat bercuti kepada semua murid dan guru. 

Daripada :
Warga SK Tunku Azizah



Khamis, 7 Jun 2018

MALAM LAILATUL QADAR

PESANAN UNTUK SEMUA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT....
Mulai maghrib nanti (7/06/18), malam ini adalah malam Jum'at bertepatan dengan malam ke-23 Ramadhan (dari Al 'Asyr Al Awaakhir), maka bererti telah berkumpul malam ganjil (ke-23) dan malam Jum'at..
- Imam Ibnu Rajab -rahimahullah- di dalam kitab "Lathaa-if Al Ma'aarif" menukil ucapan Ibnu Hubairah yang mengatakan, "Apabila malam Jum'at bertepatan dengan malam ganjil (dari Al 'Asyr Al Awaakhir), maka peluangnya lebih besar terjadi Lailatul Qadr daripada yang lain".
- Syaikhul Islam, Ibnu Taimiyah -rahimahullah- juga mengatakan, "Apabila malam Jum'at berbaringan dengan salah satu malam ganjil dari Al 'Asyr Al Awaakhir (10 Terakhir Ramadhan), maka malam itu berpeluang besar terjadi Lailatul Qadr dengan izin Allah".
*اللهم وفقنا بليلة القدر*
*اللهم إنك عفو تحب العفو فاعف عنا جميعا*
Amiinn..amiin..

JANGAN lupa banyak kan selawat, doa dan zikir serta sedekah seikhlasnya... berpesan2 lah kepada kenalan dan saudara2 kita.

*اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلم*


Rabu, 6 Jun 2018

BILA RAYA ADALAH KAD RAYA DAN SETEM

Amalan memberi kad raya kepada ibu bapa, sanak-saudara, guru-guru mahu pun rakan-taulan kini kian terhapus dek kecanggihan teknologi secara digital.

SK Tunku Azizah cuba membudayakan amalan ini kepada murid-murid. Semakin bersemangat dan masing-masing gembira untuk memberi kad raya kepada dan guru-guru dan rakan-taulan lantaran tinggal beberapa hari lagi untuk musim cuti persekolahan dan cuti Hari Raya Aidilfitri.

Semoga amalan ini diteruskan selamanya. Bak kata pepatah, "tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas".







Ahad, 3 Jun 2018

KEMANGKATAN BONDA DYMM SULTAN JOHOR, YAM ENCHE' BESAR HAJAH KALSOM BINTI ABDULLAH

Innalillahiwainnailaihirajioun.

Merafak sembah ucapan takziah atas kemangkatan Bonda DYMM Sultan Johor, Yang Amat Mulia Enche' Besar Hajah Kalsom Binti Abdullah yang telah kembali ke rahmatullah pada 1hb Jun 2018.
Semoga roh dicucuri rahmat Allah s.w.t.
Al-Fatihah.

Daripada 
Warga SK Tunku Azizah


Sabtu, 2 Jun 2018

NUZUL AL-QURAN

Selamat menyambut Nuzul Al-Quran 
02.06.2018

Daripada :
Warga SK Tunku Azizah


Jumaat, 1 Jun 2018

KAD RAYA STAZ

Ingin membeli kad raya?
Kelab Warga SK Tunku Azizah ada menjual kad raya. Terdapat 8 rekabentuk yang cantik dan comel. Dijual dengan harga RM2.00 bagi 1 paket (4 keping).
Di samping itu juga, Kelab Setem dan Filateli SK Tunku Azizah turut menjual setem logo sekolah berharga 60 sen bagi memudahkan urusan penghantaran kad raya yang dibeli.
Bagi murid-murid yang berminat, boleh maklum dan dapatkan daripada guru-guru kelas dan guru-guru Panitia Bahasa Melayu.

#mengekalkan amalan tradisi
#mengeratkan silaturahim
#mempertingkatkan penulisan





KEJOHANAN CATUR ONLINE BLITZ CHESS

                                    Seramai 4 orang murid SK TUNKU AZIZAH telah terlibat dalam                                              ...