Rabu, 27 Februari 2019

PENDAFTARAN MURID TAHUN 1 SESI 2020/2021

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sistem Pendaftaran Tahun 1 atas talian akan dibuka mulai  01 Mac 2019.

Syarat-syarat kelayakan :
1. Kanak-kanak warganegara Malaysia sahaja
2. Kemasukan Tahun 2020
     - Kanak-kanak yang lahir pada 02.01.2013 - 01.01.2014
3. Kemasukan Tahun 2021
     - Kanak-kanak yang lahir pada 02.01.2014 - 01.01.2015

Borang permohonan Tahun 1 yang telah lengkap perlu dicetak dan dihantar  ke sekolah beserta dokumen yang berkaitan bagi tujuan pengesahan. 

Hanya borang permohonan beserta dokumen yang lengkap sahaja akan diproses untuk pemilihan kemasukan Tahun 1 2020/2021.

Perhatian kepada ibu bapa atau penjaga yang telah mendaftar permohonan tahun 1 2020 pada tahun 2018, tidak perlu memohon untuk permohonan tahun 1 tahun ini.

DAFTAR PENGGUNA BARU

Bagi ibu bapa atau penjaga yang belum pernah menggunakan sistem, perlu membuat pendaftaran kali pertama (PENGGUNA BAHARU) untuk akaun sendiri bagi membolehkan sistem berkenaan dapat diakses  sepenuhnya sebelum dapat membuat permohonan untuk anak/jagaan tuan/puan ke tahun 1.


Ibu bapa/penjaga boleh memuat turun Garis Panduan Sistem Pendaftaran Atas Talian dalam sistem pendaftaran tersebut untuk tujuan rujukan.

Sila layari laman web :
https://public.moe.gov.my

Sekian,terima kasih.


Rabu, 20 Februari 2019

KEJOHANAN CATUR ONLINE BLITZ CHESS

                                    Seramai 4 orang murid SK TUNKU AZIZAH telah terlibat dalam                                              ...