Rabu, 30 Januari 2019

PENGUMUMAN CUTI PERISTIWA NEGERI PAHANG

Makluman kepada pelajar, ibu bapa dan penjaga SK Tunku Azizah.

Esok, Khamis (31.01.2019) adalah cuti peristiwa bagi negeri Pahang sempena Istiadat Melafaz dan Menandatangani Surat Sumpah Jawatan Sebagai Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong Ke-XVI. 

Sesi persekolahan pada hari Jumaat 01.02.2019 berjalan seperti biasa.

Sekian, terima kasih.


Selasa, 29 Januari 2019

PEMASYHURAN TENGKU AMPUAN PAHANG DAN TENGKU MAHKOTA PAHANG MERANGKAP PEMANGKU RAJA PAHANG

DAULAT TUANKU!

Merafak sembah dengan ucapan setinggi-tinggi tahniah sempena pemasyhuran
KDYMM Tengku Ampuan Pahang Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti AlMarhum AlMutawakkil Alallah Sultan Iskandar AlHaj dan KDYTM Tengku Mahkota Pahang merangkap Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada 29 Januari 2019 bersamaan 23 Jamadilawwal 1440H.

Sembah takzim daripada seluruh warga SK Tunku Azizah.



TAKWIM PENGGAL PERSEKOLAHAN DAN CUTI PERAYAAN TAHUN 2019

Makluman kepada pelajar dan ibu bapa/penjaga SK Tunku Azizah



Isnin, 28 Januari 2019

KEJOHANAN CATUR ONLINE BLITZ CHESS

                                    Seramai 4 orang murid SK TUNKU AZIZAH telah terlibat dalam                                              ...