Jumaat, 20 September 2019

Khamis, 19 September 2019

PENYELIA KAFA SK TUNKU AZIZAH TELAH KEMBALI KERAHMATULLAH

اِنّا لِلّهِ وَاِنّا اِلَيْهِ رَجِعُوْنَ

Dukacita dimaklumkan bahawa Ustaz Tuan Haji Nordin bin Ishak (Penyelia KAFA SK Tunku Azizah /Pengerusi Masjid Saidina Hamzah Kuantan baru sahaja kembali kerahmatullah jam 2.25 petang tadi.

اللهم اغفرله وارحمه وعافه واعف عنه وأكرم نزوله ووسع مدخله واغسله بالماء والثلج والبرد ونقه من الخطايا كما ينقى الثوب الأبيض من الدنس وأبدله دارا خيرا من داره وزوجا خيرا من زوجه وأهلا خيرا من أهله وأدخله الجنة وأعذه من عذاب القبر وفتنته ومن عذاب النار..
آمين يا رب العالمين..

Moga Allah ampuni dia, rahmati dia, maafkan dia, muliakan kematian dia, lapangkan kubur dia, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggal dia dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga dia di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Al Fatihah ....

بِسْمِ  ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم
ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞امين

Ahad, 15 September 2019

Jumaat, 13 September 2019

BINA INSAN MINGGU KEDUA BULAN SEPTEMBER 2019

Tarikh : 13.09.2019 (Jumaat)
Masa : 7.30 - 8.00 pagi
Tempat : Dataran Juara

Bacaan Surah Al-Mulk.







Khamis, 12 September 2019

TAKLIMAT PERMOHONAN KEMASUKAN PROGRAM KHAS TINGKATAN 1 2020

Tarikh : 12.09.2019 (Khamis)
Masa : 8.00 - 9.00 pagi
Tempat : Dewan Seri Nilam

Disampaikan oleh GPK HEM, En. Ruslan bin Hashim.






Isnin, 9 September 2019

HARI KEPUTERAAN SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG

DIRGAHAYU

Merafak Sembah Dan Setinggi-Tinggi Ucapan Tahniah.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong
Al-Sultan Abdullah Ri'Ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah.

Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku 

Pada 9 September 2019 bersamaan 9 Muharram 1441H.

Sembah takzim daripada seluruh Warga SK Tunku Azizah.

Jumaat, 6 September 2019

BINA INSAN

Tarikh : 06.09.2019 (Jumaat)
Masa : 7.30 - 8.00 pagi
Tempat : Dataran Juara dan Surau Khalid Al-Walid

Bacaan Surah Yaasinn.
Solat Dhuha dan Solat Hajat bagi murid-murid Tahun 6.




Selasa, 3 September 2019

SELAMAT BERJAYA BUAT ANAK-ANAK TAHUN 6

UPSR bermula esok 4/9/2019 hingga 11/9/2019, kita doakan anak-anak dapat menjawab soalan-soalan dengan TENANG, LANCAR, TEPAT & CEMERLANG.

Doa untuk anak-anak yang bakal menduduki peperiksaan UPSR

. *بِسْمِ  ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم* 

ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكzَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞امين

*بِسۡـــــــــمِ اللَّــــــــــهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ*
 اَلْحَمْد ُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ
 وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلىَ
  أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاء ِ وَالْمُرْسَلِيْن
 وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعين

*Ya Allah,*
Esok 4/9/19 hingga 11/9/2019 anak-anak akan menduduki peperiksaan UPSR,
Kami mohon kepada Mu ya ALLAH, bantulah anak-anak kami dalam peperiksaan yang mereka hadapi  YA ALLAH.

*YA ALLAH,*
Peliharalah kesihatan anak-anak kami di hari peperiksaan. Permudahkanlah mereka menjawab soalan ketika peperiksaan nanti. Berikanlah ketenangan kepada mereka ketika menjawab soalan, jauhilah mereka daripada resah dan gelisah ketika menjawab soalan peperiksaan.

*YA ALLAH,*
Dorongkanlah hati mereka untuk menjawab setiap soalan sepertimana skema jawapan.

*YA ALLAH,*
berilah keputusan cemerlang dalam peperiksaan anak-anak kami. Mudah-mudahan dengan keputusan yang cemerlang ini mereka dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi lagi, semoga ia sebagai pembuka jalan untuk mereka menjadi hamba Mu yang soleh dan solehah dan menghampiri diri mereka kepada mu ya Allah.

*YA ALLAH,*
Jadikanlah anak-anak kami pelajar yang cemerlang di dunia dan di akhirat, kami mohon kepada Mu, Kau perbaiki akhlak anak-anak kami.

*Ya ALLAH,*
kami tidak mampu mengawasi anak-anak kami setiap waktu YA ALLAH, kami serahkan anak-anak kami untuk berada di bawah penjagaan Mu ketika mereka tidak bersama kami YA ALLAH. Gerakkanlah hati mereka untuk mereka berada di tempat-tempat yang Engkau redhai. Dan jauhilah mereka daripada berada di tempat yang Engkau murkai.
Jauhilah mereka daripada melakukan amalan-amalan yang membawa mereka ke neraka Mu ya Allah.

*YA ALLAH,*
Tetapkan hati mereka untuk menunaikan solat dan jangan Kau melalaikan mereka dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah YA ALLAH.

*YA ALLAH,*
Apa yang kami doakan ini bukan untuk diri anak-anak kami sahaja, tetapi apa yang kami doakan ini juga untuk anak-anak jiran, rakan dan sahabat kami YA ALLAH. Berikanlah mereka kejayaan yang cemerlang di dunia dan di akhirat YA ALLAH.

*YA ALLAH*
Perkenankanlah doa kami ini.

   رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَاِنْ لمَ ْتَغْفِرْلَنَاوَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّا مِنَ اْلخَاسِرِيْنَ.
   رَبَّنَا اغْفِرْلَنَا وَِلاِخْوَانِنَا اَّلذِيْنَ سَبَقُوْنَ بِاْلاِيْمَانِِ وَلاَ تَجْعَلْ فِى قُلُوْبِنَا غِلاًّ لِلَّذِيْنَ آمَنُوْا رَبَّنَا اِنَّكَ رَؤُوْفٌ رَحِيْمٌ. 
   رَبَّنَا آتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَاْبَ النَّارِِ.
   رََبَّنَا تَقَبَّلْ مِنَّا اِنَّكَ أَنْتَ السَّمِيْعُ اْلعَلِيْمُ وَتُبْ عَلَيْنَا اِنَّكَ أَنْتَ التَّوَّابُ الرَّحِيْمُ.    وَصَلَّى اللهُ عَلىَ سَيِِدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلىَ آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ.    سُبْحَانَ رَبِِكَ رَبِِ اْلعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُوْنَ 
   وَسَلاَمٌ عَلَى اْلُمرْسَلِيْنَ وَاْلحَمْدُ لِلهِ رَبِِ اْلعَالَمِيْنَ.


 امين يا رب العالمين.

KEJOHANAN CATUR ONLINE BLITZ CHESS

                                    Seramai 4 orang murid SK TUNKU AZIZAH telah terlibat dalam                                              ...