Khamis, 19 Disember 2019

SET FOLDER SETEMKU STAR WARS : THE RISE OF SKYWALKER

Keluaran Awal SetemKu Januari 2020.

Set Folder SetemKu Star Wars : The Rise Of Skywalker.
Set Folder SetemKu bernilai RM120.00.
Pek Istimewa bernilai RM10.00.

Ahli Soda tidak mendapat keluaran khas ini.

Jika ada yang berminat untuk mendapatkan SETEMKU STAR WARS, boleh pm Cikgu Azlina 01139138113.

Boleh dapatkan di PEJABAT POS BESAR BERHAMPIRAN pada 02.01.2020 atau pesanan melalui sekolah sebelum 02.01.2020.




Ahad, 1 Disember 2019

6TH INTERNATIONAL OPEN KARATE CHAMPIONSHIP "KL MAYOR'S CUP" 2019

Tarikh : 29.11.2019 - 01.12.2019
Tempat : Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur

Penyertaan dan Pencapaian :
1. Amir Hamzah bin Zaidi (2 Afdhal) - Pingat Gangsa 
2. Adib Fakhri bin Hj Shah Rizal (4 Adil) - Pingat Gangsa (2 Acara - KATA & KOMITE)
3. Nurul Alisya bt Mohd Nasrul (3 Amal) - Tempat Keempat 
4. Sairish Nurzafirah binti Saiful Hazman (3 Afdhal) - Pingat Gangsa

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pemenang.


Jumaat, 29 November 2019

11TH KK KARATE-DO GOJU-KAI INTERNATIONAL CHAMPIONSHIP 2019

Tarikh : 23 - 24.11.2019
Tempat : Grand Hall Spacerubixs, Puchong, Selangor

Penyertaan dan Pencapaian :
Amir Hamzah bin Zaidi (2 Afdhal)
- Pingat Emas

Tahniah dan syabas diucapkan kepada Adik Amir Hamzah.


Jumaat, 22 November 2019

CUTI PENGGAL AKHIR TAHUN 2019

Salam Hormat dan Salam Muafakat.

Makluman Cuti Akhir Tahun 2019.

Pihak Sekolah ingin memaklumkan murid-murid akan bercuti :

Tarikh Mula cuti:
 *23 Ogos 2019* *(Sabtu)*

Tarikh mula bersekolah semula:
 *02 Januari 2019* *(Khamis)*

Semasa cuti sekolah, pihak sekolah juga ingin mengingatkan agar :

☑Pastikan keselamatan anak-anak dijaga. 
☑Jauhi anak-anak daripada alatan berbahaya. 
☑Gunakan waktu cuti dengan aktiviti berfaedah.
☑Mereka yang pulang ke kampung, rancang perjalanan dan berhati-hati semasa memandu.

Pihak sekolah ingin mengucapkan:

*Selamat Bercuti*

Sekian, terima kasih.



Isnin, 18 November 2019

Jangan Tekan Anak Keterlaluan Dalam Pelajaran : Raja Permaisuri Agong



Ibu bapa dan guru disaran untuk tidak menekan anak-anak secara keterlaluan dalam perihal pelajaran kerana dibimbangi boleh memberi kesan psikologi kepada anak tersebut.

Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah bertitah perkara itu dibimbangi akan menyebabkan anak itu mengalami tekanan atau depresi sehingga membawa kepada kejadian lebih buruk.

Seri Paduka bertitah, anak-anak hanya melalui zaman kanak-kanak sekali dan ada masanya perlu diberikan masa untuk bermain dan menikmati masa gembira, dengan pengawasan daripada ibu bapa dan dibantu oleh guru.

"Biar mereka bermain supaya bila sudah dewasa, dia (anak) mempunyai kenangan pernah berbuat begini, begitu...tidaklah dia teringat asyik kena belajar atau menghafal sahaja.

"Begitu juga kalau saya asyik bawa pulang homework (kerja sekolah), Bah (ayahanda Seri Paduka, Almarhum Sultan Iskandar) akan bertanya bila saya hendak meluangkan masa berborak dengan Bah kerana asyik belajar sahaja," titah Seri Paduka.

Raja Permaisuri Agong bertitah demikian semasa berucap pada Majlis Apresiasi Pendidikan Kali ke-16 Sekolah Kebangsaan (SK) Tunku Azizah di Indera Mahkota di sini hari ini, yang turut dihadiri isteri Menteri Besar Pahang Datin Seri Burhah Mohammed dan Pengarah Jabatan Pendidikan negeri Datuk Dr Tajuddin Mohd Yunus.

Pada majlis itu, Seri Paduka juga berkenan mencemar duli mengurniakan 149 anugerah kecemerlangan kepada 145 penerima, tujuh anugerah cemerlang Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2018 dan 11 anugerah Tokoh Murid.

Tunku Azizah sambil tersenyum ke arah Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Jihan Azizah 'Athiyatullah Al-Sultan Abdullah yang berada di hadapan baginda, bertitah semasa kecil, anakanda bongsu itu sesekali, ada bertanya jika dibenarkan untuk tidak ke sekolah pada hari tertentu.

Ibu bapa juga walaupun sibuk, tambah Seri Paduka perlu sentiasa memantau pergerakan anak dan mengambil tahu rakan terdekat anak supaya mereka tidak berasa tersisih dan membawa haluan sendiri tanpa bimbingan, selain perlu mengawasi penggunaan media sosial anak.

"Walaupun anak saya bermain Twitter dan Instagram, saya tetap pantau mereka. Mereka pun kadang-kadang beritahu saya ada orang kacau (di laman sosial) dan saya beritahu untuk block (sekat) orang tersebut.

"Anak-anak kena faham supaya jangan mudah terpengaruh dengan orang dalam internet. Itu juga adalah peranan ibu bapa dan guru supaya mereka tahu ada unsur bahaya dalam laman sosial seperti ini," titah Seri Paduka.

-- BERNAMA

Jumaat, 20 September 2019

Khamis, 19 September 2019

PENYELIA KAFA SK TUNKU AZIZAH TELAH KEMBALI KERAHMATULLAH

اِنّا لِلّهِ وَاِنّا اِلَيْهِ رَجِعُوْنَ

Dukacita dimaklumkan bahawa Ustaz Tuan Haji Nordin bin Ishak (Penyelia KAFA SK Tunku Azizah /Pengerusi Masjid Saidina Hamzah Kuantan baru sahaja kembali kerahmatullah jam 2.25 petang tadi.

اللهم اغفرله وارحمه وعافه واعف عنه وأكرم نزوله ووسع مدخله واغسله بالماء والثلج والبرد ونقه من الخطايا كما ينقى الثوب الأبيض من الدنس وأبدله دارا خيرا من داره وزوجا خيرا من زوجه وأهلا خيرا من أهله وأدخله الجنة وأعذه من عذاب القبر وفتنته ومن عذاب النار..
آمين يا رب العالمين..

Moga Allah ampuni dia, rahmati dia, maafkan dia, muliakan kematian dia, lapangkan kubur dia, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggal dia dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga dia di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Al Fatihah ....

بِسْمِ  ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم
ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞امين

Ahad, 15 September 2019

Jumaat, 13 September 2019

BINA INSAN MINGGU KEDUA BULAN SEPTEMBER 2019

Tarikh : 13.09.2019 (Jumaat)
Masa : 7.30 - 8.00 pagi
Tempat : Dataran Juara

Bacaan Surah Al-Mulk.







Khamis, 12 September 2019

TAKLIMAT PERMOHONAN KEMASUKAN PROGRAM KHAS TINGKATAN 1 2020

Tarikh : 12.09.2019 (Khamis)
Masa : 8.00 - 9.00 pagi
Tempat : Dewan Seri Nilam

Disampaikan oleh GPK HEM, En. Ruslan bin Hashim.






Isnin, 9 September 2019

HARI KEPUTERAAN SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG

DIRGAHAYU

Merafak Sembah Dan Setinggi-Tinggi Ucapan Tahniah.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong
Al-Sultan Abdullah Ri'Ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah.

Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku 

Pada 9 September 2019 bersamaan 9 Muharram 1441H.

Sembah takzim daripada seluruh Warga SK Tunku Azizah.

Jumaat, 6 September 2019

BINA INSAN

Tarikh : 06.09.2019 (Jumaat)
Masa : 7.30 - 8.00 pagi
Tempat : Dataran Juara dan Surau Khalid Al-Walid

Bacaan Surah Yaasinn.
Solat Dhuha dan Solat Hajat bagi murid-murid Tahun 6.




Selasa, 3 September 2019

SELAMAT BERJAYA BUAT ANAK-ANAK TAHUN 6

UPSR bermula esok 4/9/2019 hingga 11/9/2019, kita doakan anak-anak dapat menjawab soalan-soalan dengan TENANG, LANCAR, TEPAT & CEMERLANG.

Doa untuk anak-anak yang bakal menduduki peperiksaan UPSR

. *بِسْمِ  ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم* 

ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكzَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞امين

*بِسۡـــــــــمِ اللَّــــــــــهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ*
 اَلْحَمْد ُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ
 وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلىَ
  أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاء ِ وَالْمُرْسَلِيْن
 وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعين

*Ya Allah,*
Esok 4/9/19 hingga 11/9/2019 anak-anak akan menduduki peperiksaan UPSR,
Kami mohon kepada Mu ya ALLAH, bantulah anak-anak kami dalam peperiksaan yang mereka hadapi  YA ALLAH.

*YA ALLAH,*
Peliharalah kesihatan anak-anak kami di hari peperiksaan. Permudahkanlah mereka menjawab soalan ketika peperiksaan nanti. Berikanlah ketenangan kepada mereka ketika menjawab soalan, jauhilah mereka daripada resah dan gelisah ketika menjawab soalan peperiksaan.

*YA ALLAH,*
Dorongkanlah hati mereka untuk menjawab setiap soalan sepertimana skema jawapan.

*YA ALLAH,*
berilah keputusan cemerlang dalam peperiksaan anak-anak kami. Mudah-mudahan dengan keputusan yang cemerlang ini mereka dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi lagi, semoga ia sebagai pembuka jalan untuk mereka menjadi hamba Mu yang soleh dan solehah dan menghampiri diri mereka kepada mu ya Allah.

*YA ALLAH,*
Jadikanlah anak-anak kami pelajar yang cemerlang di dunia dan di akhirat, kami mohon kepada Mu, Kau perbaiki akhlak anak-anak kami.

*Ya ALLAH,*
kami tidak mampu mengawasi anak-anak kami setiap waktu YA ALLAH, kami serahkan anak-anak kami untuk berada di bawah penjagaan Mu ketika mereka tidak bersama kami YA ALLAH. Gerakkanlah hati mereka untuk mereka berada di tempat-tempat yang Engkau redhai. Dan jauhilah mereka daripada berada di tempat yang Engkau murkai.
Jauhilah mereka daripada melakukan amalan-amalan yang membawa mereka ke neraka Mu ya Allah.

*YA ALLAH,*
Tetapkan hati mereka untuk menunaikan solat dan jangan Kau melalaikan mereka dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah YA ALLAH.

*YA ALLAH,*
Apa yang kami doakan ini bukan untuk diri anak-anak kami sahaja, tetapi apa yang kami doakan ini juga untuk anak-anak jiran, rakan dan sahabat kami YA ALLAH. Berikanlah mereka kejayaan yang cemerlang di dunia dan di akhirat YA ALLAH.

*YA ALLAH*
Perkenankanlah doa kami ini.

   رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَاِنْ لمَ ْتَغْفِرْلَنَاوَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّا مِنَ اْلخَاسِرِيْنَ.
   رَبَّنَا اغْفِرْلَنَا وَِلاِخْوَانِنَا اَّلذِيْنَ سَبَقُوْنَ بِاْلاِيْمَانِِ وَلاَ تَجْعَلْ فِى قُلُوْبِنَا غِلاًّ لِلَّذِيْنَ آمَنُوْا رَبَّنَا اِنَّكَ رَؤُوْفٌ رَحِيْمٌ. 
   رَبَّنَا آتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَاْبَ النَّارِِ.
   رََبَّنَا تَقَبَّلْ مِنَّا اِنَّكَ أَنْتَ السَّمِيْعُ اْلعَلِيْمُ وَتُبْ عَلَيْنَا اِنَّكَ أَنْتَ التَّوَّابُ الرَّحِيْمُ.    وَصَلَّى اللهُ عَلىَ سَيِِدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلىَ آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ.    سُبْحَانَ رَبِِكَ رَبِِ اْلعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُوْنَ 
   وَسَلاَمٌ عَلَى اْلُمرْسَلِيْنَ وَاْلحَمْدُ لِلهِ رَبِِ اْلعَالَمِيْنَ.


 امين يا رب العالمين.

Sabtu, 31 Ogos 2019

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-62

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Ke-62
Sayangi Malaysiaku : Malaysia Bersih
31.08.2019 

Daripada:
Seluruh Warga SK Tunku Azizah

Khamis, 22 Ogos 2019

PERMOHONAN KEMASUKAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH TINGKATAN 1 DAN TINGKATAN 4 TAHUN 2020

Makluman kepada ibu bapa/ penjaga murid-murid Tahun 6 SK Tunku Azizah.

Permohonan kemasukan ke Tingkatan Satu dan Tingkatan Empat Sekolah Berasrama Penuh (SBP) KPM Tahun 2000 dibuka mulai 27 Ogos 2019 hingga 27 September 2019.

Permohonan ini dibuka kepada semua murid Tahun 6 pada tahun 2019 yang bersekolah di Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) dan Sekolah Kebangsaan (SK), murid-murid Tingkatan 3 pada tahun 2019 yang bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK).

Murid-murid yang berminat boleh membuat permohonan di laman web SPDT1 :
dan SPDT4 :
Sekian, terima kasih.



Jumaat, 9 Ogos 2019

BINA INSAN

Tarikh : 09.08.2019 (Jumaat)
Masa : 7.30 - 7.45 pagi
Tempat : Dataran Juara dan Dewan Seri Nilam

Bacaan Surah Yaasiin.




Isnin, 5 Ogos 2019

ULANG TAHUN KELAHIRAN KDYMM SERI PADUKA BAGINDA RAJA PERMAISURI AGONG

DAULAT TUANKU

Merafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah sempena ulang tahun kelahiran Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhun Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj.

Sembah Takzim Daripada Seluruh Warga SK Tunku Azizah.


Selasa, 30 Julai 2019

HARI PERTABALAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DIPERTUAN AGONG XVI

DAULAT TUANKU

Merafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong
Al-Sultan Abdullah Ri'Ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah.

Sempena Pertabalan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI pada 30 Julai 2019 (Selasa) bersamaan 27 Zulkaedah 1440H.

Semoha Allah Subhanahu Wa Ta'ala Memberkati Pemerintahan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku.

Sembah takzim daripada seluruh Warga SK Tunku Azizah.


Jumaat, 26 Julai 2019

SAMBUTAN HARI LAHIR BULAN JULAI 2019

Tarikh : 26.07.2019 (Jumaat)
Tempat : Dataran Juara
Masa : 7.45 - 8.00 pagi
Bilangan Murid : 81 orang

Selamat Hari Lahir.






BINA INSAN

Tarikh : 26.07.2019 (Jumaat)
Masa : 7.30 - 7.45 pagi
Tempat : Dataran Juara

Bacaaan Suran As-Sajdah.


KEJOHANAN CATUR ONLINE BLITZ CHESS

                                    Seramai 4 orang murid SK TUNKU AZIZAH telah terlibat dalam                                              ...