Selasa, 28 Mei 2019

PROGRAM SANTAPAN ROHANI DAN SOLAT TASBIH 2019

Tarikh : 28.05.2019 (Selasa)
Masa : 8.30 pagi
Tempat : Surau Khalid Al-Walid SK Tunku Azizah
Anjuran: Persatuan PPM Zon Perdana
Penceramah : Pn Hjh Rohani binti Othman









Sabtu, 25 Mei 2019

KEMBARA RAMADHAN FASA 3 PPT STAz

Tarikh : 25.05.2019

Alhamdulillah.

Finally it has come to an end for Kembara Ramadhan 2019 project. 

Tahun ini sumbangan lebih meluas dana Allah bagi rezeki lebih kepada pasukan Tunas STAz.

Hari ini 25 Mei 2019, fasa 3 ini melibatkan 16 keluarga. Bertempat di Surau Haji Kassim, Kuala Penor, kami memberi sumbangan berbentuk beras, barangan dapur dan duit raya kepada 10 buah keluarga. Semua sumbangan disampaikan oleh Puan Hajah Siti Ruhana binti Md Anuar, Guru Besar STAz sendiri.

Kemudian kami terus ke 5 buah rumah yang lain. Kali ini, anak-anak Tunas STAz boleh melihat sendiri keadaan rumah dan keluarga yang diberi sumbangan dengan lebih dekat.
Setiap keluarga mempunyai cerita tersendiri.

Akhir sekali kami berpeluang juga menziarahi Puan Fazilah binti Othman, guru kelas 2 Afdhal dan guru Bahasa Melayu STAz yang telah lama cuti sakit akibat kecederaan lutut. Semoga Puan Fazilah segera sembuh.

Dikesempatan ini TUNAS STAz ingin mengucapkan ribuan terima kasih KEPADA semua yang telah memberi sumbangan tidak mengira sama ada sumbangan wang atau barang-barang keperluan yang tidak putus-putus dihulurkan. 

Juga kepada pemimpin-pemimpin TUNAS STAz dari mula perancangan sehingga selesai projek. Tidak lupa juga Puan Hajah Siti Ruhana dan suami kerana bersama-sama mengembara bersama kami pada hari ini.

Akhir sekali kepada anak-anak TUNAS STAz kerana berkorban masa dan tenaga tidak kira sebelum dan semasa projek dijalankan.

Terima kasih kepada semua yang mengikuti projek ini dari tahun 2014 lagi. Semoga Allah membalas segala kebaikan anda.

SELAMAT BERCUTI DAN SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.











CUTI PERTENGAHAN TAHUN 2019

" Salam Hormat, Salam Muafakat, Salam Ramadhan dan Salam Aidilfitri "

Makluman Cuti Pertengahan Tahun 2019

Pihak sekolah ingin memaklumkan murid-murid akan bercuti :

Tarikh Mula Cuti :
25 Mei 2019 (Sabtu)

Tarikh Mula Bersekolah Semula :
11 Jun 2019 (Selasa)

Semasa cuti sekolah, pihak sekolah juga ingin mengingatkan agar :
# Pastikan keselamatan anak-anak dijaga
# Jauhi anak-anak daripada bermain mercun dan alatan berbahaya
# Gunakan waktu cuti dengan aktiviti berfaedah
# Murid Tahun 6 diharapkan dapat membuat ulangkaji pelajaran kerana peperiksaan UPSR semakin hampir
# Mereka yang pulang ke kampung, rancang perjalanan dan berhati-hati semasa memandu

Pihak sekolah ingin mengucapkan :

* SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR BATIN *


Jumaat, 24 Mei 2019

KEMBARA RAMADHAN FASA 2 PPT STAz

Tarikh : 24.05.2019
Tempat : Lorong Kegemilangan dan Dewan Seri Nilam

Menagihkan barang-barang keperluan kepada anak-anak yatim SK Tunku Azizah. Seramai 16 orang penerima pada tahun ini. Juga kepada 8 orang pekerja sekolah yang sentiasa memastikan sekolah dalam keadaan bersih dan indah.

Rezeki dikongsi bersama dan rezeki bagi tahun ini mencurah-curah. Sehingga ke hari ini kami masih menerima sumbangan berbentuk barang dan wang.

Terima kasih kepada pasukan Tunas STAz. Esok Fasa 3 pula. Semoga segalanya berjalan dengan lancar. Terima kasih juga kepada anda yang telah memberi sumbangan. Amanah ini kami akan sedaya upaya lunaskan.


ANUGERAH HAFAZAN SURAH AL-MULK SEPANJANG PROGRAM IHYA RAMADHAN 1440H/2019

Tarikh : 24.05.2019
Tempat : Dewan Seri Nilam

Alhamdulillah dan tahniah buat semua penerima anugerah.


BINA INSAN

Tarikh : 24.05.2019
Tempat : Dewan Seri Nilam
Bacaan : Surah Yaasiin



Rabu, 22 Mei 2019

TARIKH AKHIR PENGHANTARAN REKABENTUK SETEM (REBEST)

Assalamualaikum w.b.h. dan salam sejahtera.

Mohon murid-murid yang menyertai Pertandingan Rekabentuk Setem (REBEST) Peringkat Kebangsaan dan Malaysia Book Of Records untuk menghantar lukisan mereka pada hari Jumaat (24.05.2019).

Hasil lukisan boleh diserahkan kepada Puan Nor Azlina binti Zainal Abidin atau mana-mana guru penasihat Kelab setem dan Filateli STAz.

Kerjasama anda semua didahului dengan ucapan terima kasih.

KEMANGKATAN KDYMM PADUKA AYAHANDA SULTAN HAJI AHMAD SHAH AL-MUSTA'IN BILLAH IBNI ALMARHUM SULTAN ABU BAKAR RI'AYATUDDIN AL-MU'ADZAM SHAH

AL-FATIHAH & SEMBAH TAKZIAH. 

Dukacita dimaklumkan KDYMM Paduka Ayahanda Sultan Hj Ahmad Shah baru sahaja MANGKAT lebih kurang jam 8.50am. 

Merafak Sembah Takziah Kepada KDYMM Sultan Pahang, Kerabat DiRaja Pahang Dan Seluruh Rakyat Negeri Pahang Darul Makmur Diatas Kemangkatan Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu'adzam Shah

Al Fatihah

‎بِسْÙ…ِ  ٱللَّÙ‡ِ ٱلرَّØ­ْÙ…َـنِ ٱلرَّØ­ِيم 
‎ٱلْØ­َÙ…ْدُ Ù„ِÙ„َّÙ‡ِ رَبِّ ٱلْعَـلَÙ…ِين۞ ٱلرَّØ­ْÙ…َـنِ ٱلرَّØ­ِيم۞ Ù…َـلِÙƒِ ÙŠَÙˆْÙ…ِ ٱلدِّين۞Ø¥ِÙŠَّاكَ Ù†َعْبُدُ ÙˆَØ¥ِÙŠَّاكَ Ù†َسْتَعِينُ۞ ٱهْدِÙ†َا ٱلصِّرَØ·َ ٱلْÙ…ُسْتَÙ‚ِيمَ۞صِرَØ·َ ٱلَّØ°ِينَ Ø£َÙ†ْعَÙ…ْتَ عَÙ„َÙŠْÙ‡ِÙ…ْ۞ غَÙŠْرِ ٱلْÙ…َغْضُوبِ عَÙ„َÙŠْÙ‡ِÙ…ْ Ùˆَلاَ ٱلضَّاۤÙ„ِّينَ۞امين

Semoga Allah Mencucuri Rahmat Keatas Roh Almarhum. 

Daripada
Seluruh Warga SK Tunku Azizah


CUTI NUZUL AL-QURAN

Selamat bercuti.
Sesi persekolahan pada hari Khamis (23.05.2019) berjalan seperti biasa.
Terima kasih.



Sabtu, 18 Mei 2019

CUTI UMUM HARI WESAK

Selamat bercuti.
Sesi persekolahan pada 21.05.2019 (Selasa) berjalan seperti biasa.
Terima kasih.


Jumaat, 17 Mei 2019

BINA INSAN

Tarikh : 17.05.2019
Masa : 7.30 - 7.45 pagi
Tempat : Dataran Juara, SK Tunku Azizah

Bacaan Surah Al-Mulk.

Sabtu, 4 Mei 2019

CUTI PERISTIWA 1 RAMADHAN 1440H

Makluman kepada ibu bapa dan penjaga murid-murid SK Tunku Azizah.

Hari Isnin, 06.05.2019 adalah cuti peristiwa Awal 01 Ramadhan 1440H dan hari Selasa, 07.05.2019 adalah cuti umum Hari Hol Negeri Pahang.

Sesi persekolahan bermula pada hari Rabu, 08.05.2019 berjalan seperti biasa.

Sekian, terima kasih.

"SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA DAN SELAMAT BERCUTI"


KEJOHANAN CATUR ONLINE BLITZ CHESS

                                    Seramai 4 orang murid SK TUNKU AZIZAH telah terlibat dalam                                              ...