Sabtu, 25 Mei 2019

KEMBARA RAMADHAN FASA 3 PPT STAz

Tarikh : 25.05.2019

Alhamdulillah.

Finally it has come to an end for Kembara Ramadhan 2019 project. 

Tahun ini sumbangan lebih meluas dana Allah bagi rezeki lebih kepada pasukan Tunas STAz.

Hari ini 25 Mei 2019, fasa 3 ini melibatkan 16 keluarga. Bertempat di Surau Haji Kassim, Kuala Penor, kami memberi sumbangan berbentuk beras, barangan dapur dan duit raya kepada 10 buah keluarga. Semua sumbangan disampaikan oleh Puan Hajah Siti Ruhana binti Md Anuar, Guru Besar STAz sendiri.

Kemudian kami terus ke 5 buah rumah yang lain. Kali ini, anak-anak Tunas STAz boleh melihat sendiri keadaan rumah dan keluarga yang diberi sumbangan dengan lebih dekat.
Setiap keluarga mempunyai cerita tersendiri.

Akhir sekali kami berpeluang juga menziarahi Puan Fazilah binti Othman, guru kelas 2 Afdhal dan guru Bahasa Melayu STAz yang telah lama cuti sakit akibat kecederaan lutut. Semoga Puan Fazilah segera sembuh.

Dikesempatan ini TUNAS STAz ingin mengucapkan ribuan terima kasih KEPADA semua yang telah memberi sumbangan tidak mengira sama ada sumbangan wang atau barang-barang keperluan yang tidak putus-putus dihulurkan. 

Juga kepada pemimpin-pemimpin TUNAS STAz dari mula perancangan sehingga selesai projek. Tidak lupa juga Puan Hajah Siti Ruhana dan suami kerana bersama-sama mengembara bersama kami pada hari ini.

Akhir sekali kepada anak-anak TUNAS STAz kerana berkorban masa dan tenaga tidak kira sebelum dan semasa projek dijalankan.

Terima kasih kepada semua yang mengikuti projek ini dari tahun 2014 lagi. Semoga Allah membalas segala kebaikan anda.

SELAMAT BERCUTI DAN SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.











Tiada ulasan:

KEJOHANAN CATUR ONLINE BLITZ CHESS

                                    Seramai 4 orang murid SK TUNKU AZIZAH telah terlibat dalam                                              ...