Khamis, 1 Mac 2018

PERMOHONAN PENGAMBILAN TAHUN 1 2019/2020 
DAN 
PRASEKOLAH TAHUN 2019


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

PERMOHONAN TAHUN 1 2019/2020

Aplikasi Permohonan Tahun 1 akan dibuka mulai  1 Mac 2018 hingga 31 Mac 2018 pada jam 10.00 pagi.

Syarat-syarat kelayakan :
1. Kanak-kanak warganegara Malaysia sahaja
2. Kemasukan Tahun 2019
     - Kanak-kanak yang lahir pada 02.01.2012 - 01.01.2013
3. Kemasukan Tahun 2020
     - Kanak-kanak yang lahir pada 02.01.2013 - 01.01.2014

Sila layari laman web
https://public.moe.gov.my

Perhatian kepada ibu bapa atau penjaga yang telah mendaftar permohonan tahun 1 2019 pada tahun 2018, tidak perlu memohon untuk permohonan tahun 1 tahun ini.

DAFTAR PENGGUNA BARU

Bagi ibu bapa atau penjaga yang belum pernah menggunakan sistem, perlu membuat pendaftaran kali pertama (PENGGUNA BAHARU) untuk akaun sendiri bagi membolehkan sistem berkenaan dapat diakses  sepenuhnya sebelum dapat membuat permohonan untuk anak/jagaan ke tahun 1.

Boleh rujuk Garis Panduan Sistem Pendaftaran Atas Talian.
https://public.moe.gov.my/panduan/MUAT_TURUN.pdf


KEPUTUSAN PERMOHONAN PENDAFTARAN MURID TAHUN 1

Tuan/puan hanya perlu membuat semakan keputusan/status permohonan dalam sistem berkenaan. Bagi yang berjaya, perlu mencetak SURAT PENEMPATAN dan hantar ke sekolah berkenaan.


PERMOHONAN KEMASUKAN PRASEKOLAH TAHUN 2019

Aplikasi permohonan prasekolah akan dibuka mulai 1 Mac 2018 hingga  31 Mac 2018.

Syarat kelayakan memohon ke Prasekolah KPM
1. Kanak-kanak warganegara malaysia sahaja
2. kanak-kanak yang lahir pada 02 Januari 2013 hingga 15 januari 2015 sahaja yang layak untuk memohon.

Sila layari laman web
https://eprasekolah.moe.gov.my

Sekian,terima kasih.

Tiada ulasan:

KEJOHANAN CATUR ONLINE BLITZ CHESS

                                    Seramai 4 orang murid SK TUNKU AZIZAH telah terlibat dalam                                              ...