Isnin, 28 Mei 2018

PENGARAH PENDIDIKAN PAHANG BARU

Warga SK Tunku Azizah ingin mengucapkan tahniah kepada Timbalan Pengarah Pendidikan Pahang, Yang Berbahagia Dr. Hj. Tajuddin bin Mohd Yunus, SMP. di atas pelantikan sebagai Pengarah Pendidikan Pahang berkuatkuasa mulai 07 Mei 2018.




Sumber :
http://jpnpahang.moe.gov.my/v3/index.php/ms/

Rabu, 23 Mei 2018

KEJOHANAN TERJUN JAKARTA JUNIOR

Tarikh : 10 - 14 Mei 2018
Tempat : Pusat Latihan Olahraga, Jakarta Selatan, Indonesia

Murid yang terlibat :
Aimy Qaireen binti Ahmad Fadzli - Tahun 2 Arif

Penyertaan:
Berada di tempat ke-11











  

         

MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA BARU

Tahniah di atas pelantikan sebagai Menteri Pendidikan Malaysia.

YB DR MASLEE MALIK
MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA



Sumber :
https://www.moe.gov.my/index.php/my/

Rabu, 16 Mei 2018

SELAMAT MENYAMBUT HARI GURU 2018



Selamat Menyambut Hari Guru 2018 #TerimaKasihCikgu2018

Info Hari Guru


Infografik ucapan KPPM HG 02


 Infografik ucapan KSU HG 02

Penulis Berita: Unit Komunikasi Korporat
 
https://moe.gov.my/index.php/my/arkib/pemberitahuan/2018/4146-selamat-menyambut-hari-guru-2018-terimakasihcikgu2018

Selasa, 15 Mei 2018

LAGU GURU MALAYSIA

Lirik Lagu " Kami Guru Malaysia"

Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita

Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua

Dibidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta

Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan



TEMA HARI GURU 2018


"GURU PEMACU TRANSFORMASI PENDIDIKAN"


Tema Hari Guru 01.1

HURAIAN TEMA HARI GURU 2018
GURU PEMACU TRANSFORMASI PENDIDIKAN

 DEFINISI :
  1.  GURU: Guru merupakan individu penting serta berperanan sebagai pendidik yang mendorong, membimbing dan membentuk kemenjadian murid.
  2.  PEMACU: Penggerak yang menggerakkan sesuatu usaha dengan lebih cepat dan berkesan dalam memastikan kejayaan dan pencapaian sasaran.
  3.  TRANSFORMASI: Membawa maksud melakukan perubahan terhadap sifat, tingkah laku, pengetahuan, pandangan dan sebagainya kepada sesuatu yang lebih baik dan sempurna.
  4.  PENDIDIKAN: Bermaksud perihal mendidik yang merujuk kepada proses atau aktiviti untuk membentuk manusia secara menyeluruh dan seimbang.

HURAIAN :
  1. Tema Hari Guru ini dicadangkan untuk menunjukkan bahawa dalam menjayakan transformasi pendidikan negara dan menyahut cabaran Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025, guru ialah agen penting dalam merealisasi  transformasi melalui peringkat akar umbi pendidikan. Pada peringkat Gelombang 2 PPPM (2016-2020), guru perlu memainkan peranan sebagai pemacu dalam memastikan transformasi negara dapat dicapai dengan lebih cepat dan berkesan. Guru berperanan menterjemahkan semua dasar dan aspirasi negara melalui pendidikan.
  2. Guru perlu menanamkan keinginan dan hasrat yang tinggi bagi memastikan setiap murid mempunyai pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, etika dan kerohanian serta identiti nasional seperti yang dirangka dalam PPPM 2013-2025. Dalam usaha menuju matlamat Transformasi Nasional 2050 (TN50), guru memainkan peranan yang penting dalam mendidik modal insan yang bakal menerajui negara ke arah menjadi negara maju yang sejahtera, berinovasi dan berdaya saing dalam pelbagai bidang di peringkat global.
  3. Dalam konteks Malaysia, transformasi pendidikan mestilah bertunjangkan kepada hasrat melahirkan warga glokal iaitu warga yang berakar nasional dan berakal internasional. Justeru itu, guru perlu sentiasa bersedia untuk berubah, melaksanakan tugas daripada cara biasa kepada yang luar biasa, berdaya tahan, futuristik dan berfikiran aras tinggi serta world class thinking.

Isnin, 14 Mei 2018

PERDANA MENTERI MALAYSIA KE-7

Warga SK Tunku Azizah ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada YAB Tun Dr . Mahathir bin Mohamad sebagai Perdana Menteri Malaysia.



Sumber : https://www.moe.gov.my/index.php/my/media-kpm/infografik

KEJOHANAN CATUR ONLINE BLITZ CHESS

                                    Seramai 4 orang murid SK TUNKU AZIZAH telah terlibat dalam                                              ...