Rabu, 13 Mac 2019

PENDAFTARAN AHLI BAHARU KELAB SETEM DAN FILATELI (KESEF) STAz 2019

Assalamualaikum dan salam sejahtera. makluman kepada ibu bapa dan penjaga murid Tahun 1 - 6.

Sehubungan dengan itu, pendaftaran ahli baharu Kelab Setem dan Filateli (KESEF) kini dibuka kepada semua pelajar Tahun 1 - 6 bertujuan untuk menambahkan lagi bilangan ahli Kelab Setem dan Filateli SK Tunku Azizah. Program ini telah diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan Malaysia sebagai Program Kokurikulum Peringkat Sekolah.

Sukacita dimaklumkan bahawa Kelab Setem dan Filateli mula ditubuhkan pada tahun 2014. Untuk makluman tuan/puan, jumlah keahlian yang aktif setakat ini adalah seramai 100 orang dan kelab ini pernah memenangi pertandingan di peringkat kebangsaan iaitu :

1. Naib Johan Mentor Malaysia
2. Johan Folio Setem Terbuka
3. Johan Video Pendek
4. Naib Johan Rekabentuk Setem
5. Naib Johan Keahlian
6. Penyelaras KESEF Cemerlang 2018

Borang pendaftaran ahli baharu dan tambah nilai boleh diambil daripada Peyelaras KESEF, Pn Nor Azlina binti Zainal Abidin dan guru-guru Penasihat KESEF iaitu :

A. Pn Nor Hasnida binti Mohd Subki
B. En Muhammad Fazrizan bin Abdul Aziz
C. En Mohd Asry bin Md Shah
D. Pn Patmawaty binti Abdullah
E. Pn Tusiah binti Hashim
F. Pn Asnidar binti Abu Bakar
G. Pn Noraazliza binti Zulkiply
H. Pn Syarifah Intan Noorkiah binti Syed Noorazan
I. Pn Rosmaimi binti Yusof
J. Pn Rohaya binti Abdul Manaf

Permohonan tersebut hendaklah diserahkan kepada Penyelaras dan guru-guru Penasihat KESEF beserta yuran keahlian sebanyak RM25.00 selewat-lewatnya 22 Mac 2019 (Jumaat). Bagi 50 orang peserta pertama yang baharu mendaftar akan menerima cenderahati dari Kelab Setem dan Filateli.

Sekian, terima kasih.

Tiada ulasan:

KEJOHANAN CATUR ONLINE BLITZ CHESS

                                    Seramai 4 orang murid SK TUNKU AZIZAH telah terlibat dalam                                              ...