Merafak sembah ucap Selamat Hari Keputeraan Ke Sisi Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Abdullah Al-Haj Ibni Sultan Hj Ahmad Shah Al-Musta'in Billah pada tanggal 30 Julai 2018 bersamaan 17 Zulkaedah 1439 Hijrah.
Adalah dimaklumkan bahawa pencarian bakat kompang dibuka kepada Pandu Puteri Tunas Tahun 3 dan 4 sahaja.
Pencarian bakat ini akan diadakan pada hari Ahad ini, 08 Julai 2018 jam 8.30 pagi hingga 10.30 pagi. Sekiranya berminat, boleh berjumpa dengan Teacher Nor Azlina binti Zainal Abidin
Tarikh : 01 Julai 2018 Tempat : SMK Dato' Ahmad Maher, Kota Bharu, Kelantan Sekolah Kluster Kecemerlangan Penyertaan :
15 folio penyertaan dan pertandingan Malaysia Book Of Records dari SK Tunku Azizah
Pencapaian : PUAN NOR AZLINA BINTI ZAINAL ABIDIN Tempat Ketiga Kategori Guru (individu) Pertandingan Folio Malaysia Book Of Record Peringkat Kebangsaan
Tahniah Kelab Setem dan Filateli SK Tunku Azizah. Tahniah kita semua dapat menjayakan Malaysia Book of Record bersama-sama SMK DATO AHMAD MAHER SKK di Kelantan.
Tarikh : 30 Jun 2018 Tempat : Dewan Warisan, Kangar, Perlis Penyampai Anugerah : DYAM Raja Puan Muda Perak Darul Ridzuan, Dato’ Seri Diraja Tunku Soraya Binti Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah
Tahniah diucapkan kepada Puan Nor Azlina binti Zainal Abidin, penerima tunggal dari Negeri Pahang di atas penganugerahan Pingat JASA daripada Persatuan Pandu Puteri Malaysia di Persidangan Pesuruhjaya Pandu Puteri Malaysia 2018.