Ahad, 21 Oktober 2018

MAKLUMAN HARI KARNIVAL KEUSAHAWANAN SK TUNKU AZIZAH

 Makluman kepada ibu bapa dan penjaga.

Unit Kokurikulum SK Tunku Azizah dengan kerjasama Kelab Warga SK Tunku Azizah akan mengadakan Karnival Hari Keusahawanan pada 30.10.2018 seperti yang tertera pada gambar di bawah.

Semua urusan jual beli adalah menggunakan kupon. Bagi kupon murid boleh dibeli melalui guru kelas masing-masing. Nilai minimum kupon berjumlah RM10.00. Ibu bapa dan penjaga dijemput hadir bersama-sama bagi kemeriahan program tersebut.

Konsep Hari Keusahawanan ialah “Menderma Sambil Membeli”. Oleh itu, pihak sekolah mengalu-alukan kepada sesiapa yang ingin menyumbangkan pelbagai jenis barangan keperluan harian. Lampiran sumbangan barangan adalah seperti pada gambar di bawah.

Surat telahpun diedarkan kepada murid-murid.

Sekian, terima kasih.



Tiada ulasan:

KEJOHANAN CATUR ONLINE BLITZ CHESS

                                    Seramai 4 orang murid SK TUNKU AZIZAH telah terlibat dalam                                              ...